Senin, 06 November 2023

Life Long Learning

 Pembelajaran sepanjang hayat adalah konsep di mana individu terus menerus belajar dan mengembangkan pengetahuan serta keterampilan sepanjang seluruh kehidupan mereka. Hal ini penting untuk menjaga keterampilan yang relevan, beradaptasi dengan perubahan dalam dunia kerja, dan meningkatkan pemahaman terhadap dunia sekitar. Beberapa cara untuk mendukung pembelajaran sepanjang hayat termasuk kursus online, bacaan, seminar, dan pengalaman praktis. - ChatGPT

Penulis mengambil ujian di kampus

    Penulis mempunyai pandangan yang berbeda berkaitan konsep belajar untuk bekerja dengan belajar untuk mengerjakan. Dulu, penulis belajar untuk mencari peluang pekerjaan. Penulis pernah belajar di Universiti Teknologi Malaysia Skudai pada tahun 1998 sehingga 1999 selama 4 semester selepas Sijil Pelajaran Malaysia. Kursus yang diambil pada waktu itu ialah Sarjana Muda Kejuruteraan Petroleum (SKP). Namun, penulis tidak dapat menyelesaikan pengajian kerana gagal fokus pada waktu itu. Kemudian penulis kembali kepada jurusan asal yang pernah dipelajari di Sekolah Menengah Teknik Kuala Lumpur (Angkatan 1996/97). Penulis menganggur selama beberapa bulan di kampung menjadi petani kebun sebelum kembali menyambung Pengajian Kejuruteraan Awam di Universiti Teknologi Mara Shah Alam pada tahun 2000 hingga 2004.

    Apa yang penulis cuba sampaikan ialah mungkin penulis bukan satu-satunya mahasiswa yang ketinggalan atas masalah-masalah tersendiri. Malah masih ramai belia pada waktu itu sampai saat ini yang masih ketinggalan kerana kurang pengalaman dalam membuat pilihan hidup. Kawan-kawan yang sejak awal mencari pengalaman perniagaan dengan bekerja dengan orang lain terlebih dulu hari ini boleh dikatakan lebih berjaya mengatur diri. Malah mereka mampu mencipta peluang pekerjaan kepada orang yang memerlukan. Berbanding dengan diri penulis sendiri yang belajar dan bolehlah dikatakan sedikit cerdas dalam pelajaran tetapi hanya bertujuan nanti senang dapat kerja. Akhirnya, boleh jadi penulis akan bekerja dengan majikan yang sejak awal lagi sudah mengatur dirinya untuk menguasai ekonomi terlebih dahulu kemudian menggajikan orang yang pandai untuk memajukan ekonominya.

    Risiko akan tetap ada pada keduanya. Risiko berniaga dan gagal berkali-kali. Risiko belajar dan tidak bekerja dalam bidang dipelajari. Intinya, kesemua memerlukan ilmu tetapi bagaimana ilmu itu dijadikan pengetahuan sehingga menjadi manfaat kepada orang lain. Penulis boleh terus bekerja sampai bila-bila dengan mencari pengalaman di tempat baru dengan tingkat penguasaan teknologi sehingga mampu menarik perhatian majikan. Penulis juga boleh berhenti bekerja dengan majikan, belajar berniaga dan menjadi usahawan kemudian mencipta peluang-peluang pekerjaan atau perniagaan lain sehingga dapat membantu orang lain. Penulis merasakan itu.

    Sebab itu penulis merasakan bahawa generasi penerus yang sedang bersama-sama kita ini harus diberi peluang untuk memilih dan belajar membuat keputusan dengan matang. Generasi hari ini harus diberi pilihan samada mahu meneruskan pelajaran pada umur 18 tahun atau bekerja sementara mencari pengalaman baru dalam bidang diminati sehingga timbul kemampuan untuk memiliki perusahaan sendiri. Belajar, bila-bila masa kita boleh belajar. Malah di mana pun kita berada, sebenarnya kita sedang belajar dari pengalaman hidup. Malah, kerajaan menerima kemahiran kita itu sebagai suatu bidang ilmu melalui Pentauliahan Pengalaman Terdahulu (PPT).

    Biarkan mereka memilih dan biarkan mereka salah atau betul dalam membuat pilihan. Kita mungkin punya pengalaman baik atau buruk berdasarkan apa yang mereka bakal pilih. Maka, persiapkan emosi, spiritual dan mental mereka agar tidak sekali-kali lemah dan lesu sehingga mereka mencapai kejayaan yang mereka harapkan. Hari ini penulis masih punya cita-cita murni untuk memperkasakan ekonomi untuk kebaikan diri, keluarga dan masyarakat. Adakah penulis akan berputus asa? Sekali-kali tidak. Penulis memiliki lingkungan yang sentiasa menyokong dan menginspirasikan. Semoga kita juga boleh mengispirasikan orang lain sehingga dapat memperoleh kejayaan bersama-sama.

Sesuatu yang benar akan sentiasa benar. Sesuatu yang salah pasti akan tertolak dengan kebenaran.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar