Pertemuan singkat bersama wali kelas Muqry & Nuryn, Ustadzah Siti Juhaeriah (guru Bahasa Arab) dan Ustadzah Sri Winarsih (Guru Matematika).
| Dari kiri; Pn. Habsah, Ustadzah Siti Juhaeriah & penulis |
Permuafakatan kami secara tidak resmi bersetuju bahawa membina karakter yang berakhlak mulia sebagaimana terkandung dalam misi dan visi Al-Zaytun itu bukanlah sesuatu yang mudah tetapi amat memungkinkan dan sangat boleh untuk dicapai dengan dilakukannya secara bersama-sama dan berterusan.
Kebanyakan santri Malaysia dikatakan memiliki kecerdasan dalam matapelajaran, cuma perlukan suntikan motivasi dan dorongan supaya mereka lebih tekun mempelajari dan menguasainya supaya mereka mampu mengajarkan pula kepada teman-teman lain yang memerlukan sehingga wujud budaya pembelajaran yang sehat di lingkungan pusat pendidikan pengembangan budaya toleransi dan perdamaian ini.
| Dari kiri; Muqry, Ustadzah Sri Winarsih, Nuryn & penulis |
Bersabar dan kuatkan kesabaran. Tuhan bersama kita.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar